Sunday 28 October 2012

SPM Is Coming soon!



لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 


SPM bakal menjelma tak lama lagi. Bagaimana persiapan adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan?
Sudah bersediakah antum/anda semua?
Mungkin ada di antara adik-adik yang merasakan tekanan dengan bahang peperiksaan yang kian menghampiri.
Di kesempatan ini, penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman sewaktu menghadapi peperiksaan SPM :

1. Luruskan niat untuk apa dan untuk siapa kita menghadapi peperiksaan ini
2. Tekadkan semangat dan impian
3. Teruskan memperbanyak membuat latihan
4. Luangkan waktu untuk mendekatkan diri kepada Allah agar Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita seterusnya memberi kelapangan pada hati kita sewaktu mentelaah dan menjawab peperiksaan
5. Luangkan masa untuk memperbanyakkan bacaan tilawatul quran agar diterangi hati dan di tajamkan fikiran
6. Jangan berfikiran negatif yang menyatakan kita tidak mampu, kita sudah tidak larat, kita sudah penat. Atasinya dengan membisikkan kata-kata positif dan optimis
7. Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan guru-guru tidak lupa juga orang sekeliling kita
8. Jangan pernah berputus asa. Teruskan berusaha walaupun terasa tidak sempat, tidak larat dan penat.
9. Usaha, doa dan seterusnya tawakal

Rasulullah saw berpesan pada umatnya agar tidak sesekali berputus asa. Hal ini termaktub dalam satu hadis yang berbunyi ;

Rasulullah pernah bersabda maksudnya: ”Jika terjadi kiamat dan dalam tanganmu ada sebiji benih, sekiranya mampu tanamlah ia”.–_ (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Bukhari). 

Teruskanlah perjuangan antum/anda semua jika bukan untuk anda sendiri pun paling tidak ia adalah untuk islam. Bersama kita bangunkan islam dengan kecemerlangan umatnya dalam akademik dan tidak diasingkan jua dari agama.

Ayuhh!! Bersegeralah untuk berusaha. Bersemangatlahh duhaii pemuda pemudi islam. Pihak Neo Synergi Training Center (NSTC) mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan antum/anda semua insyaAllah.

Tuesday 23 October 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA



Salam Aidil Adha


PENGERTIAN QURBAN

Qurban atau Ud-hiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN 
 
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.

Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
 
Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

PENGAGIHAN DAGING KORBAN
 
Daging korban wajib : Bagi korban wajib, (korban nazar) maka demikian itu wajib disedekahkan semua daging sembelihan itu termasuk kulit dan dagingnya.

Daging korban sunat : para ulama berpendapat bahawa selain daripada sunat dimakan, wajib pula
Jika orang yang berkorban itu melambat-lambatkan pembahagian daging korban wajib tersebut sehingga rosak, maka wajib ke atas orang yang berkorban itu bersedekah dengan harga daging itu dan tidaklah wajib dia membeli yang baharu sebagai gantinya kerana telah dikira memadai dengan sembelihan tersebut.
disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu dalam keadaan mentah kepada orang-orang fakir atau miskin yang Islam.

Harus bagi orang yang berkorban itu membahagikan daging korbannya kepada tiga bahagian; satu pertiga (1/3) untuk dimakan, satu pertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan satu pertiga (1/3) lagi untuk dihadiahkan kepada orang kaya.

SYARAT-SYARAT SAH IBADAT KORBAN
 
1) Berniat Qurban ketika menyembelih
Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepegalah pada 10 zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
2) Penyembelihannya ialah orang Islam
Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.
3) Binatang ternakan yang halal dimakan
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang tersebut adalah seperti berikut:-
Unta atau yang sejenisnya
Lembu atau yang sejenisnya
Kerbau atau yang sejenisnya
Kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri atau kibasy.

Hendaklah dipastikan bahawa haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti tempang, buta, kurus, tanduk patah, telinga , lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah s.a.w : empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban : Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak ( kurus ) ( Hadis riwayat Abu Daud )

MESEJ AIDILADHA .......
 
Aidiladha adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu dan yang menyembah Tuhan yang satu.

Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 103:
Yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".

Jelasnya pengajaran yang dapat kita jadikan iktibar di sebalik Aidiladha ialah peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan ummah dalam masyarakat di samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ilmu pengetahun yang mendalam dalam semua bidang kehidupan.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahil Hamd.


Kata seorang ulama, Fudhail r.a, "Fikir itu cermin hati, dan dengannya kita melihat segala kebaikan, kesilapan, manfaat dan mudarat dalam perihal kehidupan kita." Mudah-mudahan dengan fikrah pemikiran yang dikongsi kali ini menjadi satu inspirasi hebat buat pembaca untuk memulakan hari-hari mendatang dengan penuh pengharapan kepada reda Allah.

Friday 5 October 2012

Selamat berjuang!! PMR 2012


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Kepada adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan menengah rendah (PMR) 2012, selamat berjuang!
Lakukan yang terbaik dengan usaha yang terbaik dan seterusnya tawakkal kepada Allah swt. 

DOA  MENGHADAPI HARI PEPERIKSAN

Doa ketika masuk dewan peperiksaan


 
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Doa Menerima Kertas Soalan

 
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa ketika sukar menjawab soalan

 
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Doa Jika Anda Terlupa Jawapan

 
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"


- SELAMAT MAJU JAYA -