Kem Remaja Sinergi atau lebih popular dalam
kalangan para pelajar 15-18 tahun dari serata Malaysia dengan panggilan ringkas
KRS. Namanya sahaja sudah cukup menggambarkan aktiviti ‘luar pintu’ (baca: outdoor) yang lasak, penuh beribrah
(memberi pengajaran) dan tak lekang dek memori, oleh peserta dan bakal peserta
KRS saban tahun.
Kem Remaja Sinergi 5.0 telah berjaya
dilaksanakan pada 12-14 Disember 2014 yang lalu, di aras prestasi yang sangat
mengagumkan. Tahukah anda, pada hari pendaftaran, kami telah disajikan dengan
ratusan peserta yang tidak sabar untuk menjadi sebahagian dari keluarga Kem
Remaja Sinergi. Tahun 2014 mencatatkan antara pendaftaran tertinggi dengan
penglibatan seramai 128 peserta lelaki dan 256 orang peserta perempuan
menjadikan kem pada kali ini meriah dengan 384 total peserta beserta hampir 200
sukarelawan dari pelbagai IPTS/IPTA. Kemeriahan lebih terasa apabila
menyaksikan kehadiran peserta dari pelbagai sekolah, seperti MRSM PDRM, Sekolah
Sains Pasir Puteh (SCIPP), SMKA Al-Irsyad dan SMS Faris Petra yang mana masing
masing menghantar lebih dari 1 bas penyertaan. Subhanallah, Wow!
Para fasilitator yang aktif dan aggresif juga
tak menang tangan melayan karenah para peserta yang sangat responsif dan jiwa
‘ingin tahu dan ingin berubah’. Secara ringkas dan tegasnya, adalah menjadi
prinsip Team KRS untuk memastikan KRS
yang berlangsung selama 3 hari berjalan dengan penuh disiplin dari aspek masa
dan sikap. Hal ini bagi membentuk jati diri peserta yang kental fizikal,
rohati, mental dan leadership.
Jika pada tahun lalu kami bawakan tema
‘kerjaya’, maka pada tahun ini, kami mengalih citarasa perkhemahan dengan tema
lasak dan adventure khas buat para
peserta yang merangkumi aktiviti lasak ‘war
game’ dan ‘hiking’. Kem ini tidak
berfokus pada kekuatan fizikal semata. Apa yang lebih penting ialah Kem Remaja
Sinergi dilaksanakan berorientasikan Al-Quran dan as-sunnah.
Perkongsian hebat dari 3 ikon contoh yakni
Dr. Wan Ahmad Afiq, pelajar jurusan medik di UKM, Nurfatihah Syalwiah, pemegang
anugerah emas Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS dengan catatan
pointer kesuluruhan sepanjang semester konsisten atas 3.70 dan Marhaina Ismail,
penerima anugerah terbaik SPM Seluruh Terengganu turut menjadi pemangkin,
pembakar semangat dan cabaran buat para peserta KRS untuk menuruti jejak
langkah para fasilitator malahan menjadi lebih baik dari mereka.
“Kalau diizinkan, saya akan berusaha menjadi cemerlang
sepertimana kakak dan abang semua, dan saya akan pastikan saya menjadi
sebahagian dari tenaga fasilitator Kem Remaja Sinergi tahun hadapan kerana
‘adat hidup dengan memberi’. Saya dapat rasai perubahannya!” – Peserta KRS 5.0
Ayuh sertai Kem Remaja Sinergi 6.0 yang bakal menjanjikan
aktiviti dan input yang lebih ‘daboom’ menusuk jiwa! Jumpa kalian di sana.
Akhir kata,
Terimakasih kepada semua pihak yang sudi berkolaborasi
dalam menjayakan program Kem Remaja Sinergi 6.0. Turut sama berkolaborasi,
pihak masjid di serata Malaysia yang tidak jemu membantu mempromosikan program
kami yang berunsurkan pembinaan jati diri modal Islam dalam diri anak-anak
remaja.
Berjuta terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga
kami ucapkan pada kalian.
SPONSOR KRS
6.0
1. Neo Synergy
Training Centre
Neo Synergy Training Centre (NSTC) adalah
syarikat perunding motivasi. Syarikat ini merupakan pertubuhan yang tidak
berasaskan keuntungan. Syarikat NSTC menyediakan pelbagai modul program samada
berbentuk seminar, ceramah, kem mahupun forum dan pelatihan secara berkala
untuk para fasilitator dan sukarelawan program terutamanya sukarelawan di bawah
kelolaan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Penyediaan modul
program NSTC adalah berorientasikan Al-Quran dan Sunnah di mana kami
menjalankan program dan aktiviti ke arah pembentukan sahsiah dan jati diri.
Fokus utama syarikat ini adalah untuk membangun potensi dalam kalangan pelajar
dan juga masyarakat.
2. Yayasan
Taqwa, Wilayah Persekutuan
Pada 20 Nov. 1990 Yayasan Taqwa Wilayah
Persekutuan Berhad (Yayasan Taqwa) telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat
1965 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai sebuah
syarikat berhad menurut jaminan. Maksud syarikat berhad menurut jaminan ini
adalah ia ditubuhkan dengan prinsip liabiliti ahli-ahli adalah terhad dengan
amaun yang dinyatakan dalam memorandum yang mana ahli-ahli berkenaan akan
menyumbang amaun tersebut kepada aset syarikat sekiranya syarikat dibubarkan
kelak. Ia juga bagi memastikan syarikat tidak akan digunakan untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang, memudaratkan dan bertentangan
dengan keamanan, kebajikan, keselamatan Negara dan kepentingan awam.
Tujuan utama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Bhd.
ditubuhkan ialah untuk mengurus semua jenis kutipan zakat kecuali zakat fitrah
daripada individu, kumpulan atau organisasi di Wilayah Persekutuan bagi pihak
MAIWP dan mengurus serta meningkatkan dana Baitulmal dengan tujuan memastikan
kekuatan ummah Islam di Malaysia. Bagi merealisasikan objektif tersebut, maka
Hartasuci Sdn. Bhd. atau dikenali Pusat Pungutan Zakat ditugaskan menjalankan
aktiviti pungutan zakat kecuali zakat fitrah. Pemilikan saham Hartasuci Sdn.
Bhd. adalah 100% dimiliki oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan Bhd.
Pada 1hb. Jan. 2006, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
Bhd. telah memindahmilik 1,000,000 unit saham Hartasuci Sdn. Bhd. kepada MAIWP
setelah mendapat teguran dari Audit Negara di mana Pusat Pungutan Zakat
(Hartasuci Sdn. Bhd.) hendaklah diletak terus di bawah MAIWP sebagai anak
syarikat.
Pada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah kali
ke 32 pada 12 Feb. 2008 yang di pengerusikan oleh Y.B Dato’ Dr. Abdullah bin Md
Zin telah meluluskan agar perkataan “BERHAD” pada akhir nama Yayasan Taqwa
digugurkan untuk membolehkan Yayasan Taqwa memohon kelulusan di bawah
Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Tujuan Yayasan membuat permohonan
ini adalah untuk mendapatkan pelepasan cukai kepada penderma-penderma Yayasan
samada ia organisasi atau individu . Perkataan “BERHAD” ini telah diluluskan
untuk digugurkan pada akhir nama Yayasan Taqwa pada 12 Jun 2008 kemudian ini
disebut sebagai YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN.
3.
EXIM
Bank, Malaysia
EXIM Bank adalah bank tempatan pertama di Malaysia yang
mengambil bahagian dalam Program Pembiayaan Perdagangan Bank Pembangunan Asia.Program
pembiayaan Perdagangan ADB-EXIM membolehkan EXIM Bank mengesahkan Surat Kredit
(LC) yang diterbitkan oleh 78 Bank Terbitan yang Menyertai ADB dari 16 negara
Asia. Kemudahan ini ditawarkan kepada syarikat perbadanan Malaysia yang
berminat mengeksport barangan ke mana-mana Negara Ahli Pembangunan ADB. Selaras
dengan peranan mandat EXIM Bank, kemudahan ini disasarkan bagi menunjang jumlah
eksport dan merangsang transaksi dagangan antara syarikat Malaysia dengan 43
Negara Ahli Pembangunan ADB.
4. Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan
pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor.
MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di
Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan
masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP
dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].
Perkara 3 (5) Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan bahawa :
“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”
Seksyen 4(1), Akta 505 pula menyatakan:-
“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan”, untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara- perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”
Bidang kuasa MAIWP pula dijelaskan melalui Seksyen 31, Akta 505 yang menyatakan:
“Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah- Wilayah Persekutuan, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.”
“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”
Seksyen 4(1), Akta 505 pula menyatakan:-
“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan”, untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara- perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”
Bidang kuasa MAIWP pula dijelaskan melalui Seksyen 31, Akta 505 yang menyatakan:
“Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah- Wilayah Persekutuan, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.”
5.
Gardenia Bakeries, Kuala
Lumpur
Gardenia Bakeries (KL)
Sdn Bhd ialah subsidiari kepada sebuah syarikat kumpulan makanan, QAF Ltd, yang
juga mengendalikan kilang-kilang roti Gardenia di Singapura, Filipina dan tidak
lama lagi akan mengembangkan operasinya di Fujian, China.
Gardenia Bakeries (KL)
Sdn Bhd juga adalah syarikat bersekutu Padiberas National (BERNAS).
Pada tahun 1969, Horatio Sye Slocum, seorang
warga America, telah dihantar oleh ‘International Executive Service Corp’
(IESC) ke Malaysia Timur untuk membuka kilang membuat roti. Mr. Slocum membawa
bersamanya 35 tahun pengalaman yang diperolehi dari salah satu rangkaian kilang
pengeluaran roti yang terbesar di Amerika. Maka lahirlah Gardenia.
Roti pertama Gardenia
Bakeries (KL) Sdn.Bhd. telah diuli buat pertama kali dikilang pengeluarannya
pada tahun 1986. Hanya di dalam masa 4 tahun sahaja ianya berjaya menerajui
pasaran roti, satu pencapaian yang amat mengkagumkan dengan kadar 99 % ’brand
recall ’ dan 80 % ’top-of-mind recall’.
Tahun demi tahun dan
langkah demi langkah, Gardenia berjaya berkembang dan mengeluarkan pelbagai
citarasa produk. Dengan kekuatan jenamanya, Gardenia kini telah menghasilkan
rangkaian produk untuk memenuhi permintaan orang ramai.