PENGERTIAN QURBAN
Qurban
atau Ud-hiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya
daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu
(termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya
Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam
Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat
Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap
individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta
berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar
untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk
melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan
qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah
haram.
Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
• Menurut
Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta
yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil
Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang
yang sedang mengerjakan haji.
• Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.
PENGAGIHAN DAGING KORBAN
Daging
korban wajib : Bagi korban wajib, (korban nazar) maka demikian itu
wajib disedekahkan semua daging sembelihan itu termasuk kulit dan
dagingnya.
Daging korban sunat : para ulama berpendapat bahawa selain daripada sunat dimakan, wajib pula
Jika
orang yang berkorban itu melambat-lambatkan pembahagian daging korban
wajib tersebut sehingga rosak, maka wajib ke atas orang yang berkorban
itu bersedekah dengan harga daging itu dan tidaklah wajib dia membeli
yang baharu sebagai gantinya kerana telah dikira memadai dengan
sembelihan tersebut.
disedekahkan sebahagian daripada daging korban sunat itu dalam keadaan mentah kepada orang-orang fakir atau miskin yang Islam.
Harus
bagi orang yang berkorban itu membahagikan daging korbannya kepada tiga
bahagian; satu pertiga (1/3) untuk dimakan, satu pertiga (1/3) untuk
disedekahkan kepada fakir dan miskin dan satu pertiga (1/3) lagi untuk
dihadiahkan kepada orang kaya.
SYARAT-SYARAT SAH IBADAT KORBAN
1) Berniat Qurban ketika menyembelih
Sembelihan dilakukan dalam waktunya iaitu matahari naik kadar sepegalah pada 10 zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.
2) Penyembelihannya ialah orang Islam
Tidak terdapat kecacatan pada binatang qurban tersebut yang boleh mengurangkan dagingnya.
3) Binatang ternakan yang halal dimakan
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur. Binatang tersebut adalah seperti berikut:-
• Unta atau yang sejenisnya
• Lembu atau yang sejenisnya
• Kerbau atau yang sejenisnya
• Kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri atau kibasy.
Hendaklah
dipastikan bahawa haiwan yang hendak dikorbankan itu adalah jenis baka
yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti tempang, buta, kurus,
tanduk patah, telinga , lemah dan penyakit lain.
Sabda
Rasulullah s.a.w : empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam
ibadah korban : Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang
jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan
dan yang tidak mempunyai lemak ( kurus ) ( Hadis riwayat Abu Daud )
MESEJ AIDILADHA .......
Aidiladha
adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama
mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah
kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan
bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu dan
yang menyembah Tuhan yang satu.
Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 103:
Yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".
Jelasnya
pengajaran yang dapat kita jadikan iktibar di sebalik Aidiladha ialah
peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan ummah dalam masyarakat di
samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang
membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai
perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak
serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan
dengan ilmu pengetahun yang mendalam dalam semua bidang kehidupan.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahil Hamd.
Kata
seorang ulama, Fudhail r.a, "Fikir itu cermin hati, dan dengannya kita
melihat segala kebaikan, kesilapan, manfaat dan mudarat dalam perihal
kehidupan kita." Mudah-mudahan dengan fikrah pemikiran yang dikongsi
kali ini menjadi satu inspirasi hebat buat pembaca untuk memulakan
hari-hari mendatang dengan penuh pengharapan kepada reda Allah.
No comments:
Post a Comment