Latarbelakang

Kem Remaja Sinergi
Kem Remaja Sinergi adalah sebuah program motivasi berorientasikan outdoor anjuran syarikat NSTC. Program ini sesuai disertai oleh para pelajar lepasan SPM khususnya serta pelajar-pelajar yang bakal memasuki alam pengajian IPT umumnya. 


KRS telah melebarkan sayapnya bermula tahun 2010, diikuti oleh KRS siri ke-2 pada tahun 2011. Malahan KRS 2012 sudah menutup tirai pada akhir tahun lepas dan ia mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar dan ibu bapa. Kini nantikan Kem Remaja Sinergi 2013 bakal mengegarkan masa cuti adik-adik.


Objektif KRS
1. Mendedahkan strategi menuju kejayaan.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar sebelum memasuki institusi pengajian tinggi.
3. Mencungkil potensi diri dari pelbagai aspek kepimpinan, komunikasi dan pengurusan.
4. Melatih generasi muda yang berdaya saing serta seimbang dari segi rohani, fizikal, emosi dan intelek.
5. Menguji minda, ketahanan fizikal dan menyentuh emosi.
6. Membentuk sahsiah bermotivasikan Al-Quran dan hadis.

Kenali NSTC
Neo Synergy Training Center adalah sebuah syarikat yang berpengalaman mengadakan program motivasi, kursus latihan dan konsultansi di pelbagai peringkat institusi pendidikan bagi melahirkan individu yang bermotivasikan iman, ilmu dan amal serta mampu mensinergi potensi diri dalam aspek rohani, jasmani, emosi dan intelektual.